Saya merasai satu perasaan aneh pagi ini. Sebelum2 ini ianya biasa sahaja. Tapi entah kenapa, pagi ini saya merasai kelainannya. Air yang saya sedang jerang belum mendidih, ia masih dalam proses pemanasan. Apa yang saya dengar membuat saya teringatkan surah al-Humazah. Air yang sedang dipanaskan (termasuk cerek) mengeluarkan bunyi seperti orang menjerit kepanasan. Saya terpaku di depan dapur. Bunyinya tidaklah kuat, hanya kedengaran jika kita berada hampir dengan dapur. Meremang bulu roma dan saya bertasbih.
Saya teringat dalam surah al-Humazah yang saya bacakan bersama anak2, neraka itu digambarkan seperti ruang yang tertutup, apinya menjulang tinggi, kepanasan yang amat sangat datang dari semua arah....
Sebelum suami keluar bekerja tadi, saya bercerita padanya. Dia juga termenung. Dia mengingatkan saya, beruntunglah kita kerana ada waktu2nya Allah ingatkan kita tentang sesuatu melalui peristiwa2 biasa yang kita alami. "Umi bukan kali ni je masak air, tapi kenapa kali ni umi dengar seperti itu? Itu tanda Allah nak ingatkan kita dengan sesuatu". Saya diam, anak2 juga diam. Subhanallah.
1 comment:
Salam Umi Jah,
Subhanallah. Semua di muka bumi ini adalah hambaNya dan di mana-mana ada tanda kebesaranNya. Kalau Allah hendaki, kita akan dapat melihat dan merasai keagunganNya. Terpulang kepada kita untuk meneliti, merenung dan mengambil ikhtibar.
Post a Comment