Ada macam2 perangai manusia yang kita jumpa di sepanjang perjalanan hidup ini. Ada yang menyenangkan dan tidak sedikit yang kalau boleh kita tidak mahu berjumpa dengan orang2 seperti itu.
Yang menyenangkan tak payahlah saya sentuh- dah memang menyenangkan hati kita jika bertemu dengannya @ berjauhan pun kita merasai auranya. Kadang2 sekadar bersms bertanya khabar pun dah cukup menyenangkan hati.
Yang jenis kita taknak jumpa ni biasanya ada pakej tersendiri. Dengki, iri hati, keras kepala, tak mahu dengar nasihat, rasa diri saja yang betul, tak hormat orang tua, tidak adil, suka cari salah orang, celupar, tak jaga sembahyang, tak kenang budi,dll........pendek kata semua yang negatif ada padanya. Malangnya orang seperti ini biasanya adalah orang pandai berkata2, pandai memutarbelitkan fakta, pandai bermulut manis, hinggakan kadang2 orang yang memberi nasihat pula yang seolah2 bersalah. Lebih malang lagi jika perkara negatif yang dia lakukan, dia tidak rasa bersalah atau seolah2 tiada perkara salah yang dia lakukan.
Orang seperti ini mesti dijauhi, kecuali dia berubah. Cuma kadang2 kita ingat dia dah berubah, kita pun percaya yang dia dah berubah jadi baik, tapi rupa2nya ia sekadar lakonan dan sebenarnya dia tidak pernah berubah pun!!!
Ya Allah, jauhilah kami dari kejahatan syaitan jiin dan syaitan manusia. Ameen.
2 comments:
Assalamualaikum..
Betul kak...minta dijauhkan kita bertemu dengan orang-orang yang macam ni..
Tapi adakalanya, orang-orang sebeginilah yang wajar dan patut kita jumpa serta bergaul.
Moga-moga dengan kebaikan dan nilai-nilai murni yang ada pada kita, akhirnya dapat menghilangkan kejahatannya.
Kebanyakan para Sahabat r.a sendiri adalah dari golongan yang keras hati dan melakukan bermacam-macam kemungkaran sehinggalah sinar keimanan itu menyinggahi hati mereka dengan kesungguhan Rasulullah s.a.w.
Post a Comment