Sunday, October 12, 2008

Ben 10 & B-Daman


Cerita 1
Kakak dan abang berbisik2 berdua, seperti ada sesuatu yang dirahsiakan dari kami. Saya buat2 tak tahu, walaupun dalam hati nak tahu apa yang dirahsiakan oleh dua beradik ni. Ia berlaku untuk beberapa hari berikutnya. Kakak bukan seorang yang pandai simpan rahsia. Satu hari dia tercakap juga apa yang mereka berdua rahsiakan dari kami.
"Mi, abang bagi duit pada Amin rm12.50 masa Amin datang rumah kita hari tu".
"Buat apa?", saya agak terkejut.
"Dia nak beli robot B-Daman. Amin kata Zubair boleh belikan".
"Mahalnya. Kalau umi tahu memang umi tak bagi".
Selama dua minggu abang menunggu B-Daman idamannya dapat, dan selama itulah dia bersungut, "Lamanyaaa, bila nak dapat B-Daman abang ni." Saya dan suami agak marah padanya kerana membuat sesuatu tanpa memberitahu kami. Puas kena leter, abang hanya mendiamkan diri, mungkin dia tahu dia salah.

Cerita 2
"Abang nak baju Ben 10", kata abang suatu hari.
"Ben 10? Apa tu?", tanya saya, tak faham apa maksudnya.
"Alaaa, mi, kartun kat tv yang boleh bertukar2 tu....bla...bla..bla", kakak memberi penerangan kepada saya. Kakak ni pun selalu bersekongkol dengan abang dalam hal2 ni walaupun dia sendiri tak dapat apa2....kakak...kakak....
"Hebat sangat ke Ben 10 tu?", abang tersengih. "Boleh la, mi", abang memujuk sambil mengurut2 tangan saya. Begitulah selalunya bila moodnya baik dan berhajat kepada sesuatu benda, dia akan memegang tangan saya.
Hampir semua kedai baju kami masuk, akhirnya ada sehelai t-shirt idaman abang kami dapat.
"Rm14.90? Mahalnya, yah", saya bersungut pada suami. Suami hanya diam.

Begitulah anak2 kita, besarnya pengaruh cerita2 kartun di televisyen dalam kehidupan mereka. Semuanya adalah hero di mata anak2.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Sebab itu kami tidak jemu2 untuk mengingatkan kepada anak2 tentang Allah, Rasul, Islam, kerana kami ingin melahirkan dan menyuburkan rasa cinta anak2 kepada Allah, Rasul dan Islam. Kena ada satu ruang waktu untuk kita bercerita pada anak2 tentang Islam. Anak2 boleh tahan duduk 2-3 jam menonton kartun kegemaran kita, lalu watak2 itulah yang akan meresap masuk ke dalam fikiran mereka. Jika kita sebagai ibubapa tidak berbuat sesuatu untuk 'meneutralkan' semula fikiran mereka, tidak mustahil ia akan terbawa2 sehingga mereka dewasa.

Mahukah kita jika mereka mencari "petunjuk Blue" tatkala mereka dilanda masalah sedangkan petunjuk dalam hidup kita adalah al-Qur'an dan sunnah? Mahukah kita mereka lebih mengenali "Wonder Pets" sebagai hero yang menyelamatkan orang lain, sedangkan kita ada Rasulullah yang mengajak kita dekat kepada Allah dan menyelamatkan kita dari api neraka? Juga kisah2 para sahabat yang hebat2 belaka yang seharusnya menjadi contoh ikutan kita?

Tepuk dada, tanya iman. Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang, maka Dia akan memberi kefahaman dalam agama untuk orang tersebut. Marilah kita sentiasa berdoa kita termasuk di kalangan orang2 yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya. Masa anak2 kita bersama kita, tidak lama. Bila mereka mula dewasa, mereka akan merantau untuk menuntut ilmu, waktu itu hanya bekalan yang kita telah beri sewaktu mereka tinggal bersama2 kita dahulu sebagai "teman". Alangkah ruginya jika kita tidak memberi "bekalan" yang secukupnya untuk anak2 kita.

Ya Allah, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan jauhkan kami dari api neraka. Ameen.

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Kak..
untuk bab-bab kartun ni, huda no komen sebab huda pun minat kartun walaupun dah 25 tahun hehehe..boleh join dgn adik-adik sepupu yang comel dua org tu tengok kartun heheheh...cuma bila huda tengok sama-sama si comel berdua tu, huda boleh tegur mana yang boleh dan mana yang tak..sebab ada kalanya kartun tu ganas2, yang tak sesuai untuk budak2..:)
Emm..pengaruh kartun ni memng cukup hebat pada budak2..:)..bahaya kalau dibiarkan tanpa pantauan daripada ibu bapa..:)

ROS said...

Waalaikumussalam Huda,
betul huda, mungkin ada lagi kartun2 yang kita suka untuk menontonnya. Tapi ada perkara2 yang agak merapu yang kita kena ingatkan anak2 bahawa kuasa yang hebat itu hanya milik Allah. Kita bimbang jika ia melibatkan bab akidah. Termasuk di sini juga cerita2 filem dari negara jiran yang menonjolkan pari2 baik sebagai penolong di waktu kesusahan. Seboleh2nya kami tidak membenarkan anak2 menonton kisah2 seperti itu @ super power lain yang kononnya hebat.

Tak salah tengok kartun, huda. Tapi bila kita ada anak2, kita kena pantau apa yang anak2 tonton. Dan kita juga kena sediakan alternatif lain untuk mengurangkan anak2 terus berlonggok depan tv.