Cuti sekolah datang lagi. Pasti anak2 bertanya kemana kita nak bawa mereka waktu cuti ni kan? Beberapa hari lepas kami ke Gunung Ledang, tak jauh, lebih kurang 20 minit dari rumah. Biasanya dalam perjalanan ke tempat2 seperti itu, saya dan suami akan mengajak anak2 untuk sama2 berfikir tentang kebesaran Allah. Soalan biasa- siapa cipta air? Kenapa pokok2 berwarna hijau? Air patuh kepada siapa? Serta soalan2 lain yang menunjukkan kepada kita dan anak2 tentang kehebatan Allah yang menciptakan alam ini. Sebenarnya, soalan2 ini adalah soalan2 yang mereka telah tahu dan telah banyak kali diulang2. Pengulangan yang berterusan sebenarnya akan sentiasa mengingatkan kita tentang sesuatu. Jadi di sini, saya dan suami hendak anak2 sentiasa ingat bahawa pencipta kepada apa yang ada di alam ini adalah Allah swt. Kita tak mahu anak2 sekadar berseronok tetapi tidak tahu @ tidak mahu mengetahui tentang Penciptanya.
Cuti yang lepas kami ke Zoo Melaka. Pengetahuan tentang haiwan2 yang ada menambah keseronokan anak2 untuk menghayati kehebatan Allah yang menciptakan haiwan. Pygmi marmoset, scarlet macau, otter, tapir, unta, zirafah adalah beberapa haiwan yang tidak pernah mereka jumpa tetapi mereka telah ada maklumat mengenainya sebelum ke zoo. Alangkah seronoknya mereka bila melihat haiwan2 tersebut. Seperti biasa soalan2 yang biasa akan saya dan suami ulang kepada anak2 tentang siapa penciptanya, kenapa Allah ciptakan haiwan2 tersebut sedemikian rupa, dsb.
Kami juga telah melawat ke zoo lebah. Di sini mereka juga kagum dengan pelbagai jenis lebah berserta pelbagai jenis madu yang dihasilkan. Mereka juga telah tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah sebut tentang lebah dan di mana mereka tinggal.
Biasanya apa yang kami perolehi dari lawatan2 yang dilakukan, kami akan ceritakan semula di rumah dan kami kaitkan dengan Allah yang menciptakan. Mungkin bagi sesetengah orang, semuanya biasa, tapi tidak bagi kami. Mungkin usaha saya dan suami tidak seberapa, tetapi kami hendak anak2 kami merasakan Allah itu adalah Pencipta. Kalau kita merasakan hebatnya lebah yang boleh menghasilkan pelbagai jenis madu tetapi kita jangan lupa bahawa yang menciptakan lebah itu iaitu Allah lebih hebat lagi.
"Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi ...." terjemahan surah al-Furqan : 2
No comments:
Post a Comment