Sunday, March 28, 2010

Majlis Ilmu

Dalam satu majlis ilmu, kami diingatkan tentang tujuan manusia dijadikan oleh Allah swt. Ia merujuk kepada surah adz-dzariyat : 56 iaitu bahawa manusia dan jin itu Allah jadikan untuk beribadah semata2 hanya untuk-Nya.

Bila kita menyebut beribadah, kita bukan hanya merujuk kepada ibadah2 yang wajib semata2 seperti solat lima waktu, puasa, zakat, haji, tetapi ianya mencakupi seluruh sistem kehidupan kita. Islam tidak hanya kepada ibadah2 khusus tetapi Islam itu syumul(menyeluruh). Namun
ujiannya pasti besar untuk kita kerana sistem hidup hari ini sebenarnya mengajak kita berubudiyah kepada selain dari Allah. Sebagai contoh mudah yang diberikan oleh penyampai di majlis ilmu itu-kenapa orang suka tukar2 kereta? Adakah kereta itu menjadi alat untuknya bergerak2 kesana sini untuk tujuan2 yang baik dalam hidupnya (cth : bekerja, berdakwah, dll), atau kereta barunya itu sekadar untuk kepuasan diri sendiri dan menunjuk2?. Sedangkan matlamat ibadah kita itu (semata2 kerana Allah) kita nak bawa dalam setiap tindakan kita dan ianya cukup besar.

Apabila kita bercakap tentang beribadah hanya semata2 untuk Allah, maka kita kena ikhlas. Ikhlas bermakna membebaskan diri dari dikuasai oleh keinginan yang bersifat sementara seperti kemewahan, kedudukan, populariti, pemuasan hawa nafsu serta penyakit2 hati lainnya.

Al-An'am : 162 bermaksud : Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Lalu, apa di antara tanda2 ikhlas? 1. Takut akan populariti. 2. Mengakui kekurangan diri. 3. Cenderung sembunyikan amal kebajikan (kecuali dengan niat untuk mengajak orang lain, tetapi hati mesti dijaga agar tidak timbul riya'). 4. Mengutamakan redha Allah, bukan redha manusia. 5. Cinta dan marah kerana Allah. 6. Rasa gembira jika rakannya memiliki kelebihan.

Ikhlas mesti dipelihara dari sifat2 lain yang boleh mengotorinya seperti riya' dan bangga diri (ujub), takabbur bahkan syirik sekecil habuk pun!

Rasulullah saw mengingatkan umatnya mengenai syirik. Sabdanya yang bermaksud : sesungguhnya yang paling aku bimbangkan menimpa kamu sekelian ialah syirik yang paling kecil. Para sahabat bertanya : Apakah yang disebut syirik yang paling kecil itu? Lalu jawab baginda : Riya'. Allah berfirman pada hari Kiamat ketika memberikan pembalasan kepada manusia : Pergilah kamu sekelian kepada sesuatu yang dijadikan tempat memperlihatkan amal kamu di dunia, maka tunggulah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu. (HR Ahmad)

Wallahhua'lam.

Friday, March 12, 2010

Peringatan

Ada orang marah2, " Buat apa sibuk2 ajak orang sembahyang, ajak orang baca Qur'an, ajak orang buat baik...buat je la kerja masing2!".

Mungkin orang2 ini lupa akan firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat : 55 yang bermaksud :

dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang2 Mukmin.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang beriman akan mendapat manfaat daripada peringatan2. Keberkesanan peringatan adalah sifat mereka yang beriman dengan Allah swt.

Ada orang tak suka, "Asyik2 duk sebut benda2 baik yang dia dah buat...berulang2 menyebutnya...riya' tu namanya!".

Mungkin orang ini lupa tentang teguran Allah dalam surah As-Shaff : 2-3 yang bermaksud :

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.

Memberi peringatan dan mengajak orang berbuat kebaikan serta menghalang kemungkaran adalah tugas setiap manusia yang mengaku dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Tentu kita tidak pernah lupa akan hadis Rasulullah saw yang mengajak manusia, "sampaikanlah dari ku walau sepotong ayat". Dalam kehidupan yang serba serbinya menguji keimanan hari ini, bukan sedikit yang kita semua perlu diperingatkan supaya tidak lalai dan leka dibuai hawa nafsu. Jangan lupa, hawa nafsu itu sentiasa mengajak manusia supaya melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya tidak suka.

Jadi, jika sesekali kita mendapat peringatan dari orang lain, lapang2kanlah hati untuk menerimanya. Jika kita tidak menyukainya, pasti ada yang kita kena periksa semula hati kita. Mungkin penyakit hati telah mula bersarang di hati kita. Maka, bersih2kan lah hati kita itu dengan membaca dan menghayati isi al-Qur'an, solat malam, berkawan dengan orang soleh, banyak berpuasa dan berzikir mengingati Allah.






Tuesday, March 9, 2010

Panas

"Mi, tengok muka kakak ni, dah berbelang".

"Takpe, berbelang pun takpe, yang penting kakak tutup aurat. Cuaca panas macam sekarang ni bukan alasan untuk kita tak tutup aurat".

Kakak dan abang berjemur hampir separuh hari semalam kerana hari sukan sekolahnya. Bila sampai di rumah, hmmm....memang kulit dah berubah warna.

Panas bukan alasan untuk kita menutup ala kadar aurat yang Allah perintahkan untuk ditutup. Itu yang kami selalu ingatkan kepada anak2. "Kita takkan mampu menghadapi kepanasan 'di sana', percayalah cakap umi...", itu yang saya selalu ulang kepada anak2. Saya juga selalu terbaca tentang bahayanya cahaya matahari yang terkena terus kepada kulit dan boleh menyebabkan kanser kulit. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin salah satu hikmah menutup aurat adalah kerana Allah mahu kita selamat dari pancaran matahari yang boleh memudaratkan.

"Umi tahu, kakak boleh rasa peluh kat seluruh badan kakak masa perbarisan tadi".

"Alhamdulillah, kena bersyukur tau walaupun keluar peluh. Kita akan rasa sejuk bila angin tiup, kan? Pagi tadi umi tengok tv, doktor tu kata ada orang yang langsung tak keluar peluh walaupun hari panas. Bila takde peluh, bermakna badan kita dah takde cecair dan itu akan menyebabkan kita sakit....bayangkan kalau kita yang mengalaminya. Allah sayangkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun....jadi....bersyukurlah".

************

"Ayah taknak pasang 'aircond' kat rumah kita, yah?", abang bertanya kepada ayahnya.

"Tak payah pasang", cepat saya mencelah. "Umi taknak anak2 umi bila balik kampung bising kata panas sebab kat rumah atuk dan embah(nenek) takde 'aircond'. Umi taknak atuk dan embah kecil hati. Cukuplah dengan kipas sorang sebuah tu....ada orang, jangan kata 'aircond', kipas pun takde tau kat rumah dia....", suami saya mengiyakan.

"Lagi pun, bila abang dan kakak sekolah dan duduk di asrama nanti....mana ada 'aircond' kat asrama. Umi dan ayah nak biasakan anak2 terima apa yang ada dan paling utama BERSYUKUR sepanjang masa dengan apa yang kita ada. Tengok orang lain yang lebih susah dari kita...", saya menyambung 'syarahan'.

Anak2 semua diam, mungkin berfikir.

*************

"Umi, tengok semut ni, Mi....banyaknya!!", kata dik Yam sambil menunjuk ke arah sekumpulan semut sedang beratur sambil berjalan keluar dari dalam tanah.

"Biarkan, dik. Kat dalam tanah panas. Semut2 tu nak cari tempat sejuk". Bukan satu, tapi ada 3-4 jenis semut yang masing2 keluar dari dalam tanah, di rumah kami. Mungkin mencari tempat yang lebih sejuk.

"Kesian semut, kan Mi", kata dik Yam.

"Ye dik. Adik doalah kat Allah supaya Allah turunkan hujan untuk bagi semut, burung, pokok, tanah, dll minum. Adik tengok tanah tu, dah kering sangat, kan".

"Ya Allah, turunkanlah hujan untuk semut, burung, pokok, tanah,...minum. Amin". Saya juga mengaminkan doa dik Yam...siapa tahu, doa anak yang masih kecil ini yang Allah kabulkan.

***********

Sejak beberapa hari ni, kami bersolah hajat bersama anak2...dengan harapan Allah akan menurunkan hujan yang memberi manfaat untuk kehidupan.

Panas, sejuk, hujan, banjir....adalah semuanya itu tanda2 kekuasaan Allah. Kita sebagai ibubapa boleh menggunakan itu semua sebagai bahan tarbiyah untuk mendidik anak2. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan Allah lah yang Menyusun serta Mentadbir alam ini. Allah yang Maha Mengetahui....sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah jadikan, ia tidak sia-sia.

Tuesday, March 2, 2010

Bahaya Paling Besar

Dulu masa di sekolah, bila ustaz cakap pasal jahiliyyah pasti cerita2 seperti bunuh/tanam anak perempuan hidup2, minum arak, judi, zina dan maksiat berleluasa, serta segala macam kerosakan yang dilakukan oleh masyarakat arab sebelum keRasulan Nabi Muhammad, akan menjadi topik perbincangan.

Bila kita melihat suasana hari ini, sebenarnya tiada bezanya dengan apa yang dikatakan sebagai zaman jahiliyyah. Sekarang bukan setakat bunuh bayi lelaki dan perempuan, ada yang sampai bakar lagi bayi yang tidak berdosa itu!!. Yang dicampak merata2 hingga menjadi santapan anjing pun banyak. Semua itu pasti hasil dari perbuatan zina yang semakin berleluasa hari ini. (Seorang rakan yang bertugas di hospital kerajaan, amat sakit hatinya kerana hampir setiap hari dia akan berhadapan menyambut kelahiran anak2 luar nikah ini. Yang amat menyakitkan hatinya, si pelaku zina dan sesetengah ibubapa menganggap perkara ini biasa sahaja...Na'uzubillah).

Arak yang namanya pelbagai, judi juga yang ada macam2 cara, segala jenis maksiat termasuk di internet - semua ada!!.

Kejahilan sebenarnya bukan hanya berlaku selama kurun waktu tertentu dalam perjalanan sejarah....kejahilan itu tidak lain dari menolak petunjuk Allah serta menolak undang2 dan hukum yang diturunkan oleh Allah. ( Jahiliyah Abad Dua Puluh oleh Muhammad Quthb).

Jadi, apa bahaya yang paling besar? Bahaya yang paling besar ialah apabila manusia itu JAHIL TERHADAP ALLAH, JAHIL TERHADAP RASUL, JAHIL TERHADAP ISLAM.

Jahil terhadap Allah bermakna tidak kenal Allah sebagai Rabb dan Illah. Apa itu Rabb? Rabb ialah mengakui ke-Esaan Allah sebagai Tuan, Penguasa, Pencipta, Pentadbir, Pemelihara, Pentarbiyyah. Apa itu Illah? Mengakui hanya Allah yang wajib disembah dan mengabdi diri hanya kepada-Nya.

Jahil terhadap Allah juga bermakna tidak tahu hendak menyembah Allah ikut cara yang Allah mahu, tidak tahu kenapa Rasul itu penting dalam hidup kita, tidak tahu apa yang diajar oleh Rasulullah yang boleh menyelamatkan kita, tidak tahu dan tidak kenal Islam.

Bila manusia tidak kenal Allah, tidak kenal Rasulullah dan tidak kenal Islam bermakna manusia itu adalah manusia jahiliyyah. Jahil begini adalah sesat dan jahil begini akan menuju kepada bahaya yang paling besar iaitu NERAKA yang menyala2, yang bahan bakarnya adalah batu, kayu dan manusia, dikawal oleh malaikat yang bengis yang tidak pernah ingkar kepada setiap suruhan Allah. Mahukah kita dijerumuskan ke situ? Na'uzubillah.

Apa yang kita nak buat jika kita tidak mahu dijerumuskan ke neraka? Kita wajib melalui proses didikan untuk mengenali Allah dan mentaati-Nya. Kita wajib melalui proses didikan untuk mengenali dan mengikuti Rasulullah saw dan apa yang diajarkan baginda. Kita wajib melalui proses didikan untuk memahami dan menghayati Islam keseluruhannya - bukan menerima Islam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

Jika kita boleh belajar hingga ke peringkat tertinggi untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bidang kerja kita - perakaunan, perundangan, kejuruteraan, perubatan, perbankkan, dll - kenapa kita tidak berusaha untuk memahami Islam yang kita anuti? Ingatlah akan hadis baginda yang bermaksud jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, maka dia akan diberi kefahaman dalam agamanya (deen Islam).