Saturday, May 31, 2008

Allah Maha Pencipta, Maha Hebat

Cuti sekolah datang lagi. Pasti anak2 bertanya kemana kita nak bawa mereka waktu cuti ni kan? Beberapa hari lepas kami ke Gunung Ledang, tak jauh, lebih kurang 20 minit dari rumah. Biasanya dalam perjalanan ke tempat2 seperti itu, saya dan suami akan mengajak anak2 untuk sama2 berfikir tentang kebesaran Allah. Soalan biasa- siapa cipta air? Kenapa pokok2 berwarna hijau? Air patuh kepada siapa? Serta soalan2 lain yang menunjukkan kepada kita dan anak2 tentang kehebatan Allah yang menciptakan alam ini. Sebenarnya, soalan2 ini adalah soalan2 yang mereka telah tahu dan telah banyak kali diulang2. Pengulangan yang berterusan sebenarnya akan sentiasa mengingatkan kita tentang sesuatu. Jadi di sini, saya dan suami hendak anak2 sentiasa ingat bahawa pencipta kepada apa yang ada di alam ini adalah Allah swt. Kita tak mahu anak2 sekadar berseronok tetapi tidak tahu @ tidak mahu mengetahui tentang Penciptanya.

Cuti yang lepas kami ke Zoo Melaka. Pengetahuan tentang haiwan2 yang ada menambah keseronokan anak2 untuk menghayati kehebatan Allah yang menciptakan haiwan. Pygmi marmoset, scarlet macau, otter, tapir, unta, zirafah adalah beberapa haiwan yang tidak pernah mereka jumpa tetapi mereka telah ada maklumat mengenainya sebelum ke zoo. Alangkah seronoknya mereka bila melihat haiwan2 tersebut. Seperti biasa soalan2 yang biasa akan saya dan suami ulang kepada anak2 tentang siapa penciptanya, kenapa Allah ciptakan haiwan2 tersebut sedemikian rupa, dsb.

Kami juga telah melawat ke zoo lebah. Di sini mereka juga kagum dengan pelbagai jenis lebah berserta pelbagai jenis madu yang dihasilkan. Mereka juga telah tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah sebut tentang lebah dan di mana mereka tinggal.

Biasanya apa yang kami perolehi dari lawatan2 yang dilakukan, kami akan ceritakan semula di rumah dan kami kaitkan dengan Allah yang menciptakan. Mungkin bagi sesetengah orang, semuanya biasa, tapi tidak bagi kami. Mungkin usaha saya dan suami tidak seberapa, tetapi kami hendak anak2 kami merasakan Allah itu adalah Pencipta. Kalau kita merasakan hebatnya lebah yang boleh menghasilkan pelbagai jenis madu tetapi kita jangan lupa bahawa yang menciptakan lebah itu iaitu Allah lebih hebat lagi.

"Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi ...." terjemahan surah al-Furqan : 2

Wednesday, May 28, 2008

Jawapan Allah kpd persoalan spj hidup kita.(Siri 1)

S1: ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; 'kami telah beriman' , sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta".....Terjemahan surah al-Ankabut: 2-3



S2: KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM2KAN?



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"......Terjemahan surah al-Baqarah : 216



S3: KENAPA SUSAH @ BERAT UJIAN INI?



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya".....Terjemahan surah al-Baqarah : 286



S4: RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgn pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman".......Terjemahan surah ali-Imran : 139

bersambung...

Tuesday, May 27, 2008

Pakaian oh pakaian

Saya pernah mengajar di sebuah sekolah menengah di Shah Alam beberapa tahun lepas. Tidak dinafikan, pelajar bukan Islam@Melayu yang memakai baju kurung lebih sopan daripada pelajar perempuan Melayu. Oleh itu saya tidak hairan jika perkara ini menjadi salah satu tajuk dalam buletin utama baru-baru ini. Cuma bagi saya, perkara itu tidaklah diuar2kan. Pihak sekolah dan pihak persatuan sepatutnya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Pihak sekolah juga seharusnya mempunyai panduan sahsiah rupa pelajar yang lebih terperinci terutama yang membabitkan pelajar perempuan.

Dalam Islam soal aurat amat jelas, tidak kira lelaki perempuan. Pada saya, semuanya bermula dari rumah. Samada anak kita lelaki @ perempuan, mereka kena diberitahu tentang batas2 aurat. Biasakan mereka bertudung, berpakaian longgar dan tidak jarang, untuk anak2 perempuan. Untuk anak lelaki, jika hendak berseluar pendek, pastikan ia di bawah lutut. Bukan mudah untuk kita membimbing anak2, terutama dengan pelbagai fesyen yang dihidangkan hari ini.

Tepuk dada tanya iman. Seharusnya ada rasa 'sakit hati' di hati kita jika ada mata2 nakal yang memerhati anak perempuan kita dengan satu pandangan 'telus'. Tidak salah berfesyen, tapi kena dalam batas2 syarak- tidak sempit, tidak jarang, bertudung. Ajak anak2 kita untuk memilih pakaian yang sesuai di kedai2 pakaian, jangan biarkan mereka menentukan fesyen yang mereka sukai. Ini adalah salah satu usaha kita untuk membiasakan anak2 dengan pakaian menutup aurat. Jangan lupa berdoa kepada Allah semoga anak2 kita lelaki @ perempuan, akan senang dan suka dengan pakaian yang menutup aurat mereka sampai bila2. Anak2 umpama kain putih, kitalah ibubapanya yang mencorakkannya....

Thursday, May 1, 2008

Hari ini cuti

Hari ini 1 Mei 2008, merupakan cuti umum bagi pekerja-pekerja di semua sektor. Saya pun mengambil kesempatan untuk cuti masak hingga tengahari. Tapi petang kena masak la pulak [dah jemu sarapan dan makan tengahari di kedai]. Anak-anak minta nak makan tomyam petang ni. Tak henti-henti kakak [long] dan abang [ngah] memuji - "sedapnya tomyam umi masak, macam kat kedai". Hehehe...